Al-Marhum Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (28 November 1927 – 11 September 2017) merupakan Sultan Kedah ke-28 (14 Juli 1958-11 September 2017) serta Yang di-Pertuan AgongMalaysia ke-5 (21 September 1970-20 September 1975) dan ke-14 (13 Desember 2011-13 Desember 2016). Dia merupakan Raja pertama yang memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali, dan yang paling lama memegang jabatan itu. Sebelum wafat, dia adalah raja yang paling lama berkuasa kedua di dunia setelah Ratu Elizabeth II dari Britania Raya.
Kehidupan awal
Abdul Halim dilahirkan pada 28 November 1927 yaitu pada zaman pemerintahan Abdul Hamid Halim di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Ayahnya, Raja Muda Kedah (kemudian Sultan Badlishah), merupakan putra ketujuh Sultan Abdul Hamid Halim. ibunya, Sofiah, merupakan putri Mahmud. Dia merupakan anak kedua Badlishah dan Safiah binti Mahmud. Dia menjadi Raja Muda Kedah pada tahun 1949.
Dia merupakan lulusas Kolese Wadham, Oxford, meraih diploma dalam Ilmu Sosial dan Administrasi Publik.[1] Dia mewarisi takhta Kedah dari ayahnya pada Juli 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.[2]
Dia menunaikan ibadah haji pada tahun 1974 di kota suci Mekkah. Orang lain yang serombongan dengannya yaitu Mahathir Mohamad.[4]
Sultan Kedah
Tunku Abdul Halim dinobatkan sebagai Raja Muda Kedah pada 6 Agustus 1949. Kemudian pada 14 Juli 1958 ia naik takhta sebagai Sultan Kedah ke-28 bagi menggantikan ayahnya yang wafat. Penobatannya sebagai sultan baru dilaksanakan pada 20 Februari 1959 dan merupakan upacara penobatan kerajaan pertama sejak tahun 1710 atau pada 249 tahun yang lalu.
Jubli Perak
Baginda telah merayakan Juli Perak nya pada 15 Juli 1983 sebagai penanda 25 tahun ia berkuasa sebagai Sultan. Sehubungan dengan hal tersebut baginda telah berkenan membuka Taman Jubli Perak yang terletak di Daerah Sungai Petani.
Jubli Emas
Sekali lagi, baginda memperingati ulang tahun pemerintahan nya pada 15 Juli 2008 sehubungan dengan menandai 50 tahun pemerintahan baginda diatas takhta atau Jubli Emas. Sepanjang sejarah Kedah, Baginda merupakan indivisu ke-4 dari 28 orang Sultan yang memerintah melewati waktu 50 tahun. Adapun Sultan Kedah yang telah meaniki takhta lebih daripada 50 tahun ialah Sultan Ataullah Muhammad Shah (1432-1473) Sultan ke-8, Sultan Zainal Adilin Mu'azam Shah II (1710-1778) Sultan ke-19 dan Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943).[5]
Sehubungan dengan Ulang Tahun Emas, 15 Juli 2008 ditetapkan sebai hari libur untuk seluruh negara bagian Kedah.[6] Majlis penyerahan sumbangan sempena Jubli Emas telah diadakan di Istana Anak Bukit pada 6 Julai 2008 oleh Menteri Besar Kedah, Azizan Abdul Razak. Sepanjang minggu keseluruhan Jubli Emas, pelbagai acara diadakan untuk memperingati Sultan.
Yang di-Pertuan Agong
Abdul Halim terpilih menjadi Wakil Yang di-Pertuan Agong sejak 20 September 1965 sampai 21 September 1970. Ketika dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, dia berumur 43 tahun sehingga menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik setelah Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.
Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menyerahkan jabatannya kepada wakilnnya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.[7]
Pada November 2006, Abdul Halim dipilih untuk kedua kalinya sebagai Wakil Yang di-Pertuan Agong, sejak Desember 2006 hingga Desember 2011. Dia merupakan sultan Pertama yang memegang jawatan ini dua kali.
Pada 12 hingga 13 Oktober 2011, Rapat Dewan Raja-raja ke-225 memutuskan bahwa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim akan menggantikan Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Desember 2011.[8][9]
Sejak 13 Desember 2011 dia menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali[10] dan yang tertua ditabalkan (84 tahun).[11][Verifikasi gagal] Yang di-Pertuan Agong tertua sebelum baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor, yang ditabalkan di usia 73 tahun.
Istiadat pemahkotaan untuk kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong dilangsungkan di Istana Negara pada 11 April 2012.[12]
Kerabat kerajaan
Sultan Abdul Halim mempunyai dua orang sultanah resmi:
Pada 1975, Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kemudian dimasyhurkan sebagai Sultanah Kedah.[13]
Dia memiliki tiga orang putri. Dua anak pertamanya merupakan kembar, bernama Soraya dan Sarina. Anak ketiganya bernama Intan Shafinaz. Ia juga memiliki lima orang cucu.
Dia pernah menikah pada awal remaja yakni sekitar 1945 dan berpisah semasa ia melanjutkan studi Inggris. Hasil pernikahan ini, ia dikurniai seorang putri.
Pangkat militer
Abdul Halim memegang pangkat Marsekal BesarAngkatan Udara Malaysia[14] dalam tugas perlembagaannya sebelum ini sebagai Panglima Angkatan Tentera Malaysia serta pangkat Marsyal Padang Tentera Malaysia dan Laksamana Armada Angkatan Laut Malaysia. Sejak tahun 1972 ia menjabat sebagai Ketua Kolonel Rejimen Melayu Diraja, dan juga melaksanakan tugas yang sama untuk Kor Khidmat Diraja Tentera Malaysia.
Terasul dan gelar
Gelar bangsawan untuk Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah
Gaya referensi
Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya penyebutan
Kebawah Duli Tuanku
Gaya alternatif
Tuanku
28 November 1927 – 13 Mei 1943: Yang Amat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Tunku Badlishah
13 Mei 1943 – 6 Ogos 1949: Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Sultan Badlishah
6 Ogos 1949 – 15 Julai 1958: Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah
9 Mac 1957 – Julai 1957: Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Sultan Badlishah, Pemangku Raja Kedah
Julai 1957 – 15 Julai 1958: Duli Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Halim ibni Sultan Badlishah, Raja Muda Kedah
15 Julai 1958 – 21 September 1970: Duli Yang Maha Mulia Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah XXVIII
21 September 1970 – 20 September 1975: Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang di-Pertuan Agong V
20 September 1975 – 13 Disember 2011: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah XXVIII
13 Disember 2011 – 12 Disember 2016: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Yang di-Pertuan Agong XIV
13 Disember 2016 – 11 September 2017: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbuddin Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Kedah XXVIII
Gelar lengkap bagi Abdul_Halim sebelum wafat: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbudin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan dan Raja Pemerintah Negeri Kedah Darul Aman dan Jajahan Takluknya.
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim di Sungai Petani
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim di Jitra
Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, (1 Maret 2014).[20][21]
Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Kepala Batas, Kedah
Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah] (POLIMAS) di Jitra.
Anak
Baginda berkenan mengambil sepasang kembar puteri kepada paduka kakanda perempuan sulung baginda sebagai anakanda angkat pada tahun 1960.[22] Baginda dikurniakan seorang puteri pada tahun 1966 oleh Tuanku Hajah Bahiyah.[23]
Nama
Tarikh Keputeraan
Tempat Keputeraan
Tarikh Kemangkatan
Tempat Kemangkatan
Tarikh Berkahwin
Pasangan Diraja
Cucunda
Cicinda
YTM Tunku Soraya binti Tengku Abdul Aziz
30 April 1960
Tiada
Tiada
Tiada
1986
Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah II
YM Raja Nabil Imran YM Raja Idris Shah YM Raja Sarina Intan Bahiyah YM Raja Safia Azizah YM Raja Sifuddin Muadzam Shah
YTM Tunku Sarina binti Tengku Abdul Aziz
30 April 1960
Tiada
31 Ogos 1991
Tiada
198X
YM Tunku Abdul Karim bin Tunku Ziauddin al-Haj
Tiada
YTM Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim
25. Wan Maheran binti Dato’ Wan Muhammad Sadiq (= 17)
6. Tunku Mahmud bin Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah
26. Sultan ʻAli Iskandar Shah
13. Tengku Cik Fatima binti Sultan ʻAli
27. Cik Serimbuk binti Daeng Muhammad Amin
3. Tunku Sofiah binti Tunku Mahmud
14. Awang Ahmad
7. Hajah Zainab binti Awang Ahmad
Kemangkatan
Baginda telah mangkat pada 11 September 2017 di Istana Anak Bukit Alor Setar pada jam 2:30 petang.[24]
Pengumuman kemangkatan dibuat oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, melalui sidang media khas dengan tujuh hari tempoh berkabung ditetapkan di Kedah manakala semua keraian, perayaan dan sambutan dibatalkan.[25]
Bendera Kedah di semua bangunan Persekutuan, negeri dan milik awam di negeri itu juga perlu dikibarkan separuh tiang selama tiga hari bermula 11 September 2017.
Pemakaman
Sebanyak 21 das tembakan meriam telah dilepaskan tepat jam 7 pagi 12 September 2017, sebagai pemakluman kemangkatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah. Jenazah Almarhum Sultan Kedah kemudian disemayamkan di Balai Penghadapan Baharu Istana Anak Bukit bagi istiadat bersiram bermula jam 8:30 pagi, sebelum dikafan dan dijangka disembahyangkan. Solat jenazah diimamkan Mufti Kedah, Datuk Syeikh Fadhil Awang, dan disertai 22 pelajar Maahad Tahfiz Al Wustha dari Guar Chempedak.
Rakyat jelata mula memasuki Istana Diraja Anak Bukit untuk solat jenazah sebelum disusuli istiadat penghormatan terakhir mulai pukul 11 pagi manakala sesi khas kenamaan serta delegasi asing bermula 12:30 tengah hari.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, turut hadir memberikan penghormatan terakhir apabila baginda tiba 12:40 tengah hari di Dewan Penghadapan Istana Anak Bukit. Baginda diiringi oleh Tunku Bendahara Kedah, Tunku Tan Sri Abdul Hamid Thani.
Jenazah Almarhum Sultan Kedah kemudian diarak menggunakan Pedati Diraja ke Makam Diraja Langgar dengan diiringi 89 das tembakan meriam yang ditetapkan mengikut umur baginda. Jenazah Almarhum diiringi dua kumpulan pengusung yang teridi dari ketiga-tiga cabang dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).[25]