Jah Hut

Perkiraan tempat tinggal suku Jah Hut

Jah Hut ialah satu suku kaum orang asli yang tinggal di Pahang, Malaysia. Pada tahun 2000, jumlah penduduk Jah Hut ialah 2.442[1] dan pada tahun 2010, anggarannya ialah lebih kurang 4.000 orang[2] yang tinggal di 11 buah kampung yang terletak di sepanjang tebing barat Sungai Pahang dari Jerantut di utara ke Temerloh di selatan.

Antara kampung-kampung ini termasuk Kampung Pos Penderas, dan Kampung Keboi di dalam hutan tropika yang terletak di daerah Jerantut, Pahang. Kampung Keboi merupakan salah satu kampung yang terkecil antara petempatan-petempatan orang Jah Hut dengan hanya kira-kira 100 orang. Orang Jah Hut tinggal di rumah gaya Melayu yang dibina di atas kaki bajang.

Bahasa Jah Hut

Bahasa yang ditutur oleh orang Jah Hut dikenali sebagai "bahasa Jah Hut" dan merupakan sebagian bahasa Mon-Khmer yang pula merupakan satu cabang keluarga bahasa Austro-Asia. Dalam bahasa Jah Hut, 'Jah' bermaksud 'orang' dan 'Hut' bermaksud 'bukan' atau 'tidak'; bagaimanapun, penterjemahan harfiah ini tidak dapat menerangkan kata majmuknya disebabkan 'bukan orang' ini memang bukan erti yang dimaksudkan. Bahasa Jah Hut telahpun menyerap banyak perkataan bahasa Melayu dalam perbendaharaan katanya. Loghat-loghatnya termasuk Kerdau, Krau, Ketiar Krau (Terengganu), Kuala Tembeling, Pulau Guai, Ulu Ceres (Cheres), dan Ulu Tembeling.

Kegiatan ekonomi

Kegiatan-kegiatan pertanian utama orang Jah Hut ialah penorehan getah, penanaman padi, dan penternakan ayam. Kegiatan pengukiran kayu juga diamalkan dan bukan sahaja merupakan satu sumber pendapatan untuk orang Jah Hut, tetapi juga merupakan satu lanjutan untuk kepercayaan keagamaan mereka. Walaupun orang Jah Hut tinggal di dalam hutan, mereka tidak terpencil secara langsung dan telah berdagang dengan orang-orang berhampiran sejak beberapa ratus tahun.

Perubatan tradisional

Pengetahuan herba tradisional telah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi dalam bentuk pertuturan oleh 'bomoh' yang merupakan ahli perubatan tradisional. Jurnal Sains Perubatan India mendokumenkan sekurang-kurang 16 jenis ubat orang Jah Hut. Antara ubat-ubat yang telah disahkan oleh penyelidikan saintifik termasuk Hedyotis capitellata, Melastoma malabathricum, Lycopodiella cernua, dan herba-herba berikut:

  • Eurycoma longifolia: Digunakan sebagai afrodisiak untuk menaikkan syahwat, herba ini merupakan satu herba yang popular antara banyak bangsa di Malaysia dan boleh diperoleh dari pasaran.
  • Morinda citrifolio: Orang Jah Hut menggunakan herba ini untuk merawat bisul melalui pembubuhan topikal daun-daun dan buah-buahnya. Ini berbetulan dengan pengesahan farmakologi yang menentusahkan bahawa bisul sering diakibatkan oleh bakteria Staphylococcus aureus. Oleh sebab M. citrifolia mempunyai sifat-sifat antibakteria untuk menentanginya, rawatan ini bukanlah satu rawatan yang tidak berasas.
  • Vernonia cinerea: Digunakan oleh orang Jah Hut untuk melegakan asma, penyelidikan-penyelidikan terkini menunjukkan bahawa V. cineria mempunyai sifat-sifat antiradang dan oleh itu, rawatan ini adalah berkesan.

Antara ubat-ubat orang Jah Hut yang belum disahkan termasuk:

Pada tahun-tahun kebelakangan ini, perubatan orang kebanyakan ini tidak lagi menarik generasi yang lebih muda yang lebih bergantung kepada perubatan barat. Generasi ini tidak lagi dapat mengecam herba-herba serta tidak mempunyai banyak pengetahuan terhadap ubat herba tradisional.

Pada masa sekarang, pemuda-pemudi berhijrah ke kawasan-kawasan bandar untuk pendidikan dan pekerjaan. Oleh itu, hanya orang-orang yang lebih tua mempunyai pengetahuan tentang herba dan dianggarkan bahawa hanya beberapa orang sahaja yang berupaya menggunakan ubat tradisional untuk merawat penyakit.

Rujukan

  1. ^ Ethnologue.com: D. Bradley
  2. ^ "Lin KW. Kajian etnobotani untuk tumbuhan perubatan yang digunakan oleh Jah Hut di Malaysia . Jurnal Sains Perubatan India 2005;59:156-161". Diarsipkan dari asli tanggal 2006-09-05. Diakses tanggal 2008-04-14.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.