User:Braim400

KAMPUNG BUDU, K.LIPIS PAHANG

Kg. Budu terletak di dalam Daerah K.Lipis Pahang, jarak kampung ini dengan Bandar K.Lipis sejauh 25 Kilometer.Lokasinya jika mengikut jalan raya terletak ditengah-tengah antara Benta dengan Jerantut,Kampung yang berdekatan Kampung Budu ialah Kampung Terap, Kampung Cherang, Kampung Chat, Kampung Kemahang, Kampung Tanjung Besar, Kampung Jerangsang, Kampung Batu Balai, Kampung Damak, Kampung Baru Jerantut. Dikatakan asal nama Kampung Budu ini diambil daripada nama seorang Tok Batin Orang Asli yang bernama Tok Batin Budu. Satu ketika dulu Tok batin ini amat berkuasa dan berpengaruh dalam mengawal kekayaan emas dan hasil2 sekitar hutan di kampung tersebut. Disebabkan kekayaan emas dan kesuburan tanahnya maka Kg. Budu menjadi rebutan pedagang2 yang berniaga di Kampung tersebut. Dikatakan juga Pengkalan dan pertemuan Pedangang2 adalah di salah satu lokasi di Sungai Teka yang pada ketika itu airnya dalam. Justeru itu Pedagang2 ingin mendapatkan hasil bumi dan hasil hutan, mereka telah menyerang Kg. Budu dan mengusir Tok Batin Budu tadi keluar daripada Kampung. Jadi sempena dengan namanya maka Kampung yang baru dirampas itu dinamakan Kg. Budu.

Sebelum negara merdeka, Kg. Budu merupa tempat Pahlawan melayu belajar ilmu2 silat, berzanji, mengaji Quran dan berlajar mengunakan senjata melayu seperti keris, lembing dan pedang. Pahlawan Mat Kilau merupakan wakil Sultan Pahang mentadbirkan Budu serta wakil mengutip hasil bumi Kg. Budu untuk diserahkan kepada Sultan Pahang, merupakan salah seorang pernah belajar di Kg. Budu itu.

Majoriti penduduk Kampung Budu adalah kaum Melayu yang mengamalkan adat budaya bergotong royong, beramah mesra dan tolong menolong serta sentiasa hormat menghormati antara satu dengan lain. Kebanyakan mereka ini berkerja sendiri dan kerja Kampung, dan ada juga segelintir daripada mereka berkerja dengan Kerajaan, berkanun dan swasta di Daerah K.Lipis, Raub, Bentong dan Jerantut serta di Kuantan dan di Kuala Lumpur.

Satu ketika dulu Kampung Budu merupakan Kampung yang mengusahakan tanaman padi sawah (paya) bagi saraan sendiri dan keluarga. Ketika padi menghijau pemandangannya sungguh indah dan menarik. Tetapi sejak awal 1970an, kerja tanaman padi paya itu tidak diusahakan lagi kerana beras boleh didapati dengan mudah dan murah, dan boleh menjimatkan masa. Sejak daripada itu paya ditinggalkan menjadi semak dan buat ketika ini masih lagi belum ada usaha untuk menjadikan paya yang terbiar itu dijadikan sumber Ekonomi tetap penduduk Kampung Budu.

Ekoran daripada tidak ada sumber ekonomi yang tetap ramai orang-rang yang telah berkahwin berpidah ke tanah Rancangan yang diusahakan kerajaan, manakala anak-anak muda pula telah meninggalkan Kampung Budu pergi berhijrah ke Bandar-bandar besar mencari rezeki, tetapi bila Hari Raya, Majlis Keraian, dan Kematian anak-anak Muda Kg Budu dan yang merantau akan balik ke Kg. Budu bagi mengeratkan Silaturahim yang telah terjalin begitu lama.

Diharap Kg. Budu dimasa depan terus maju dan menjadi sebuah Kampung yang moden.

ChuAinCherang. 1/10/2013.

Content Disclaimer

Informasi ini disarikan dari Wikipedia dan disajikan kembali untuk tujuan edukasi. Konten tersedia di bawah lisensi CC BY-SA 3.0. Kami tidak bertanggung jawab atas ketidakakuratan data yang bersumber dari kontribusi publik tersebut.

  1. The information displayed on this website is sourced in part or in whole from Wikipedia and has been adapted for the purpose of restating it. We strive to provide accurate and relevant information, however:
  2. There is no guarantee of absolute accuracy. Wikipedia is an open, collaborative project that can be edited by anyone, so information is subject to change.
  3. It is not intended to constitute professional advice. The content displayed is for informational and educational purposes only. For important decisions (e.g., medical, legal, or financial), please consult a professional.
  4. Content copyright. Wikipedia is licensed under the Creative Commons Attribution-ShareAlike License (CC BY-SA). This means that content may be reused with appropriate attribution and shared under a similar license.
  5. Responsible use. Any risk arising from the use of information from this website is entirely the responsibility of the user.